Penulisan U-Start@Muhammad Haniff
Di Malaysia, baru-baru ini timbul satu isu mengenai penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian dalam bahan-bahan penulisan mereka. Pihak berkuasa cuba melarang penggunaan itu tetapi kemudiannya, dilaporkan, menarik balik larangan berkenaan.
Hari ini, saya menerima sms dari seseorang di Singapura yang menyatakan rasa kebimbangan akan kesan penarikan balik larangan berkenaan di Singapura i.e. takut penganut Kristian di Singapura akan mengambuil kesempatan untuk menggunakan pula nama Allah untuk tujuan dakwah mereka.
Di bawah ini dikongsikan satu artikel yang menarik dan bagus mengenai isu ini.
Namun, komen dari saya ialah:
1. Tidakkah sememangnya agama Islam mengajar bahawa Allah taala adalah tuhan bagi semua manusia i.e. Muslim, Kristian, Yahudi dll.
2. Tidakkah pada hakikatnya agama Kristian itu sebenarnya datang dari Allah juga. Cuma sepanjang sejarah ia berlaku perubahan dan nabi Muhammad diutus untuk membaiki dan menyempurnakannya. Allah itu adalah Tuhan orang Kristian dahulu sebelum menjadi Tuhan pengkiut nabi Muhammad s.a.w.
3. Maka sebab itulah tidak hairan, kalau nama Allah telah digunakan lebih dahulu oleh agama Kristian dalam bahasa Arab dan bahasa suku sakatnya, sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w.
4. Bahkan, nama Allah telah digunakan sebagai Tuhan yang maha agung oleh kaum jahiliyah sebelum perutusan nabi Muhammad s.a.w.
5. Allah taala mengutus nabi Muhamad bukan untuk membuat "exclusive claim" bahawa Allah adalah Tuhan untuk umat Islam sahaja, tetapi untuk menegaskan bahawa Allah adalah Tuhan semua dan Islam adalah agama untuk semua. Nabi Muhammad s.a.w diutus hanya untuk memperbetulkan konsep ketuhanan Allah sebagaimana dalam surah Al-Ikhlas yang berbeza dari konsep ketuhananan Arab jahiliyah dan penganut Kristian.
6. Oleh itu, isu penggunaan nama Allah yang berlaku di Malaysia, bukanlah sebenarnya isu keagamaan. Tetapi ia lebih bersifat budaya i.e. orang Melayu tidak biasa dan selesa untuk berkongsi penggunaan nama Allah taala dengan penganut agama lain sedangkan ia telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tanpa banyak masalah.
7. Adakah ini akan mengelirukan orang ramai dan membuka pintu kepada Kristianisasi anak-anak Melayu? Perkongsian penggunaan nama Allah di kalangan penganut Islam dan Kristian telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tetapi berapa ramaikah orang Arab yang menjadi Kristian kerana dikelirukan oleh istilah ini?
8. Menjaga akidah Islam anak Melayu ialah dengan ilmu yang ditanam melalui usaha dakwah yang bersungguh-sungguh dan berkesan, bukan melalui larangan-larangan yang tak boleh dipertahankan dari segi hujah ilmu dan realiti sosial.
9. Kalau berlaku peningkatan anak Melayu yang menjadi Kristian, itu pada dasarnya adalah petanda kegagalan kita dalam menanam ilmu dan menjalankan dakwah. Bukan pada dasarnya kerana kekeliruan akibat penggunaan nama Allah oleh pendakwah Kristian.
Salam
Tuesday, February 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment